Friday, February 11, 2011

Baja EM boleh dihasilkan daripada Sisa Sawit & Tahi Ayam

Membaja tanaman seperti cili padi, sayur-sayuran, buah-buahan, pokok bunga dan komoditi seperti Kelapa Sawit & Getah memerlukan kos yang tinggi dari hari sehari..

Purata pembajaan bagi 10 ekar Ladang Kelapa Sawit memerlukan kos sekitar RM8,000.00, bagi tanaman seperti Cili Padi pula memerlukan hampir 50-60% kos keseluruhannya berkisar kepada kos pembajaan!

Menyedari hakikat ini, kami yang mempunyai teknologi yang dinamakan 'Teknologi Bio-F' iaitu teknologi penghasilan baja bio organik daripada sisa pertanian ingin berkongsi kepakaran kami menerusi Program Pemindahan Teknologi Bagi Penghasilan Baja Bio Organik untuk saling membantu pekebun, petani dan penanam sayur kecil-kecilan untuk menjimatkan kos pembajaan dengan menghasilkan sendiri Baja Bio Organik daripada sisa pertanian dan tahi ayam yang ditambahkan dengan Micro-Organisme Efektif yang akan saya bekalkan kepada Anda bersama Program Pemindahan Teknologi ini...

Berapakah Kos Membaja Selepas Menghasilkan Baja Sendiri?

Kos Menghasilkan Baja Bio Organik,

Penyediaan Peralatan untuk Penghasilan 1 tan matriks Baja Bio Organik

Peralatan,
6 Telaga Konkrit ( Selalunya digunakan untuk membina telaga air tanah) berukuran diameter kira-kira 3 kaki dengan ketinggian 2 1/2 kaki.)
1 Penyodok.
1 Kereta Sorong.
3 Keping Atap Zink/Metaldeck 3x8 kaki persegi.
Kos Lump-Sum = RM1,000.00
(Pelaburan Sekali)

Bahan Mentah
5 botol EM Miracle Microbes - 2.5L
1.5 tan matriks Sisa Sawit/Sekam Padi
150 kg Tahi Ayam.
Kos Lump-Sum=RM800.00
(Setiap Pusingan)


Pembajaan Menggunakan Baja Bio Organik,

Sayuran = Dari Benih Hingga Habis Tuai (Semusim) 50-100g Sahaja.
1 tan matriks mampu untuk membaja 10,000 hingga 20,000 tanaman sayur.
1 tan matriks mampu untuk membaja 500 Pokok Kelapa Sawit/Buah-Buahan, Getah & Kelapa untuk 6 bulan.
Anggaran 550 pokok sawit bagi setiap 10 ekar, ini bermakna kos membaja kurang daripada RM1.00 bagi setiap pokok sawit untuk 6 bulan!(Tidak termasuk kos buruh).

Justeru itu, dikesempatan ini saya menyeru sesiapa yang berminat untuk mempelajari kaedah pembuatan baja bio organik agar dapat menjimatkan kos pengeluaran hasil tani Anda...

Sila Klik Link Berikut untuk keterangan selanjutnya...

>>>Ke Laman Teknologi Bio-F<<<